PERSONALITI DAN ETIKA SEORANG SETIAUSAHA
PENGENALAN Setiausaha adalah orang yang kerjanya terdiri daripada pengurusan yang menyokong, termasuk eksekutif, menggunakan pelbagai kemahiran pengurusan projek, komunikasi, atau organisasi. Walau bagaimanapun, peranan ini tidak boleh dikelirukan dengan peranan setiausaha eksekutif, yang berbeza dengan pembantu peribadi. Di banyak negara, seorang setiausaha eksekutif adalah jawatan tinggi dalam hierarki pentadbiran. Personaliti atau keperibadian merupakan satu cabang psikologi yang mengkaji keperibadian dan proses individu lain yang menjadikan kita manusia. Antara definisi yang lain merujuk kepada sesuatu kualiti atau keadaan yang terdapat atau sedia wujud di dalam seseorang individu untuk individu tersebut menggelar dirinya sebagai seorang insan. Personaliti adalah gaya hidup seorang (Alder 1948). Menurut Gordan tahun 1961 pula menyatakan personaliti adalah organisasi system psikologikal yang dinamik di dalam jiwaindividu itu sendiri. Selain itu, menurut Crow 1...